NATIONAL
Kepengerusian ASEAN tingkat integrasi ekonomi, kukuh hab serantau - Tengku Zafrul

Malaysia berpeluang memperoleh manfaat yang besar daripada kedudukan semasanya sebagai hab rantaian pembuatan dan bekalan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Jawatan Pengerusi ASEAN yang disandang Malaysia mampu mengukuhkan integrasi ekonomi dan hab perdagangan serantau.
Ringkasan AI
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN berpotensi mengukuhkan integrasi ekonomi dan menjadi hab perdagangan serantau melalui perjanjian seperti RCEP dan CPTPP.
- Pendekatan berkecuali Malaysia dalam dasar luar membantu mengekalkan hubungan perdagangan baik dengan semua negara, sekaligus mengurangkan kesan ketidaktentuan global.
- Malaysia berada pada kedudukan strategik sebagai hab pembuatan dan rantaian bekalan, walaupun perlu bersedia menghadapi cabaran akibat perubahan politik global.
"Walaupun kedudukan kita yang menonjol dalam ASEAN, pendirian dasar luar Malaysia yang neutral membantu mengukuhkan hubungan perdagangannya dengan semua negara perdagangan.
"Kita percaya bahawa pendirian berkecuali ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan negatif ketidaktentuan perdagangan global," katanya dalam ucaptama menerusi video dalam majlis Malaysia's Trade Performance 2024: Navigating Trade Winds Of 2025 di ibu negara, pada Isnin.
Jelasnya, Malaysia berpeluang memperoleh manfaat yang besar daripada kedudukan semasanya sebagai hab rantaian pembuatan dan bekalan, yang meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada lencongan perdagangan dan peningkatan pelaburan asing.
Namun begitu, Tengku Zafrul menegaskan persekitaran perdagangan global yang dipengaruhi oleh situasi politik terutama membabitkan ekonomi utama, memerlukan semua pihak untuk sentiasa bersedia.
"Namun begitu, persekitaran perdagangan global dijangka dibentuk oleh situasi politik dalam ekonomi utama. Kita boleh mengaitkan ini dengan keutamaan dasar Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran baharunya.
"Ini sudah pasti akan memberi kesan kepada prestasi perdagangan Malaysia kerana perubahan politik dalam rakan dagangan kita sering membawa bersamanya cabaran dan peluang.
"Dengan mengakui dan bersedia untuk peralihan ini, perdagangan Malaysia boleh terus berkembang maju," katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami