Sebarang keperluan untuk Institut Perubatan Penerbangan (IPP) tidak ditentukan sepenuhnya oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan semata-mata.
Sebaliknya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kuasa pemilihan aset dan fasiliti diberi kepada pegawai dan anggota yang mengendalikan aset itu sendiri.
Jelasnya, ia sejajar dengan usaha kementerian dalam menggalakkan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dilaksanakan di setiap peringkat.
"Kita mempunyai kelebihan tertentu dan meletakkannya setaraf dengan negara-negara maju
"Biar end-user (pegawai dan anggota) yang tentukan apa keperluan mereka hala tuju keperluan IPP termasuk aset dan fasiliti kerana mereka yang banyak menggunakannya dalam pelbagai operasi TUDM.
"Kerana itu jawatankuasa induk yang kita wujudkan dan pasukan khas yang kita tetapkan tahun ini bukan sahaja dapat dilihat tetapi dirasai oleh semua anggota kita," katanya.
Hishammuddin berkata demikian semasa sidang media selepas membuat lawatan kerja ke IPP, Pangkalan Udara Subang dan tinjauan kesiapsiagaan pesawat TUDM di sini hari ini.
Lawatan kerja itu adalah antara program Jelajah Perkasa Perwira yang mendukung usaha merealisasikan hala tuju Kementerian Pertahanan melalui program Teras Kesiagaan yang menjadi antara agenda utama kementerian itu dalam memperkasakan pertahanan negara.
IPP TUDM yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1976 di Pangkalan Udara Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan kesihatan warga TUDM.
Peranan meluas institut ini meliputi aspek pemeriksaan kesihatan, perlesenan serta memberikan latihan aerofisiologi kepada anak-anak kapal TUDM serta pasukan khas ATM sehingga ia dipindahkan ke Pangkalan Udara Subang.
Dalam pada itu kata Hishammuddin, tinjauannya juga meliputi beberapa aset TUDM yang akan melalui proses naik taraf termasuk helikopter Nuri, pesawat pengangkut C130 dan pesawat pejuang Hawk 208.
"Ketiga-tiga pesawat ini akan melalui proses naik taraf secara berperingkat bagi membolehkan ia terus memenuhi keperluan pengoperasian sekali gus memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan TUDM dalam menjaga keselamatan ruang udara terus berada pada tahap tertinggi.
"Maklumat terperinci berhubung projek naik taraf ini akan saya maklumkan apabila ia bermula kelak," jelasnya.
Habis//
Wan Syamsul Amly
Fri Jan 12 2018
HISHAMMUDDIN bersalaman bersama juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang, di sini. - Gambar Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.