awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepimpinan Anutin penting, kemudi proses demokrasi Thailand - PM Anwar

Bernama
Bernama
08/09/2025
08:11 MYT
Kepimpinan Anutin penting, kemudi proses demokrasi Thailand - PM Anwar
Anwar yang turut mengucapkan tahniah kepada Anutin (foto) atas pelantikannya berkata Thailand mempunyai peranan penting dalam menegakkan kestabilan serantau di ASEAN. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan rakan sejawatannya dari Thailand Anutin Charnvirakul amat penting ketika Thailand melangkah ke peringkat seterusnya dalam perjalanan demokrasi.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 dan menekankan kepentingan kepimpinannya dalam perjalanan demokrasi negara itu.
  • Anwar menyatakan harapan untuk meneruskan kerjasama erat antara Malaysia dan Thailand dalam pembangunan sempadan, perdagangan dan kebajikan rakyat.
  • Anutin, ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi dilantik selepas menerima pengesahan diraja, menandakan permulaan era baharu dalam politik Thailand.

Anwar yang turut mengucapkan tahniah kepada Anutin atas pelantikannya berkata Thailand mempunyai peranan penting dalam menegakkan kestabilan serantau di ASEAN.
"Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul kerana dipilih untuk menerajui Thailand pada masa penting ini.
"Malaysia berharap untuk meneruskan kerjasama erat dalam membangunkan sempadan yang dikongsi, memajukan perdagangan dan meningkatkan kebajikan rakyat," katanya dalam catatan Facebook hari ini.
Anutin, 58, yang merupakan ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand ke-32 pada Ahad, selepas menerima pengesahan diraja yang menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Anutin Charnvirakul
#Perdana Menteri Thailand
#Malaysia dan Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan