KOTA TINGGI: Semua kepimpinan tertinggi institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta perlu menjaga keharmonian institusi itu bagi memastikan matlamat melahirkan graduan berdaya saing dan berani berdepan cabaran mampu dicapai.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerana kepimpinan tertinggi merupakan peneraju utama sesebuah IPT sekali gus dapat memastikan institusi mereka kekal relevan dan berguna kepada negara dan masyarakat.
"Semua kepimpinan tertinggi IPT terutama naib canselor perlu memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing dan dapat memimpin universiti mereka... ada sesetengah universiti, wujud keadaan tidak harmoni antara warganya dan ia boleh menjejaskan perjalanan universiti dan matlamat untuk mencapai kejayaan.
"Pihak IPT janganlah hanya mengejar prestij dan bagus dalam ranking semata-mata tetapi perlu memastikan bahawa institusi mereka kekal relevan dan berguna serta menepati kehendak negara dan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Masjid Jamek An Nur, Felda Simpang Waha di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan dan perkara yang akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan pihak universiti dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan tinggi itu.
Mohamed Khaled berkata pertemuan dengan pihak universiti telah diadakan secara berperingkat baru-baru ini dan pihaknya terbuka menerima segala cadangan dan pandangan mengenai hala tuju dan perjalanan pelaksanaan pendidikan tinggi untuk negara.
Rabu lepas, Mohamed Khaled dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan pihak universiti dalam usahanya memperkasakan sektor pendidikan tinggi.
Beliau dilapor akan turut mendengar taklimat daripada pihak universiti supaya dapat memahami lebih jelas peranan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta institusi dalam kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada Majlis Kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU15 di Masjid Jamek AnNur Felda Simpang Waha hari ini. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kepimpinan tertinggi IPT perlu jaga keharmonian institusi - Mohamed Khaled
Ia bagi memastikan matlamat melahirkan graduan berdaya saing dan berani berdepan cabaran mampu dicapai.