awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepingan logam dipercayai serpihan roket China bebas radioaktif

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
11/08/2022
06:07 MYT
Kepingan logam dipercayai serpihan roket China bebas radioaktif
Pengesahan itu dibuat selepas pemeriksaan oleh Jabatan Kimia Malaysia bersama Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di lokasi selesai.
SRI AMAN: Tiada unsur radioaktif dikesan pada kepingan logam dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Semawa Ulu, Pantu dekat sini pada Isnin.
Pengesahan itu dibuat selepas pemeriksaan oleh Jabatan Kimia Malaysia bersama Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di lokasi selesai.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Sarawak, Henderi Ardimansyah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pantu pada jam 11.56 pagi berhubung penemuan objek dengan ukuran panjang 2.3 meter itu.
“Setiba sahaja pihak bomba di lokasi kejadian bersama dengan polis Pantu didapati benar terdapat serpihan logam roket negara ditemui oleh orang awam.
“Serpihan logam tersebut berwarna perak berukuran panjang lebih kurang 2.3 meter dan lebar lebih kurang satu meter dengan ketebalan logam tersebut dianggarkan 5mm dan fizikal logam tersebut kelihatan kesan pecah,” katanya.
Pihaknya kemudian memaklumkan kepada Jabatan Kimia dan AELB mengenai penemuan tersebut sebelum diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Setelah pemeriksaan dijalankan, disahkan bahawa tiada unsur bahan radioaktif dikesan serta objek tersebut selamat untuk disentuh.
“Objek tersebut diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia dan polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Sebelum ini serpihan roket itu dijumpai di beberapa kawasan lain termasuk Kampung Nyalau, Bintulu, Sepupok Lama, Niah dan Kalimantan, Indonesia.
Topic Berkaitan
#Serpihan roket
#Pantu
#Jabatan Kimia
#Henderi Ardimansyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan