[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Keputusan batal HSR dan ECRL adalah wajar

Adie Sufian Zulkefli 08/06/2018 | 00:05 MYT
MUHYIDDIN: Keputusan dibuat kerana keutamaan perlu diberi kepada pengurusan hutang negara sendiri. - Foto www.myhsr.com.my
Keputusan kerajaan membatalkan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Sinagpura (HSR) dan projek kereta api pantai timur (ECRL) adalah wajar.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata projek berkenaan tidak membawa kelebihan kepada Malaysia, sebaliknya menyebabkan hutang negara meningkat.
"Perdana Menteri telah mengumumkan tentang pembatalan HSR yang menelan belanja RM124 bilion. Namun, penjimatan tempoh perjalanan hanya satu jam.
"Oleh itu, keputusan dibuat untuk membatalkan projek ini serta projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana keutamaan perlu diberi kepada pengurusan hutang negara sendiri," katanya dalam majlis berbuka puasa di Alor Setar pada Khamis.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta lebih 1,000 orang daripada golongan asnaf yang menerima sumbangan wang tunai daripada Kerajaan Negeri.
#Alor Setar #ECRL #HSR #kereta api #Mahathir Mohamad #majlis berbuka #Muhyiddin Yassin #Mukhriz Mahathir #Perdana Menteri #sumbangan