KUALA LUMPUR: Nampaknya, topik mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang diumumkan pada Khamis lepas (10 Jun) masih 'hangat' dibicarakan oleh banyak pihak.
Umpama 'rumah sudah siap pahat berbunyi', persoalan demi persoalan dibangkitkan sehingga ada yang meragui ketelusan Kementerian Pendidikan (KPM) berikutan peningkatan pencapaian keputusan SPM yang menunjukkan Gred Purata Nasional (GPN) adalah terbaik dalam tempoh lima tahun.
GPN 4.80 yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin lebih baik 0.6 berbanding 4.86 tahun 2019.
Ini jelas menggambarkan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas langsung tidak menjejaskan sistem pembelajaran di negara ini malah, lebih baik lagi.
Ternyata, penutupan sekolah selama 110 hari pada tahun lepas, selain kaedah pembelajaran dalam talian yang menggantikan kaedah konvensional iaitu secara bersemuka berjaya tanpa sebarang masalah.
Ini juga menunjukkan, segala 'kekecohan' tentang isu ketiadaan jaringan internet dan peranti serta kekalutan guru dan pelajar mengadaptasikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum ini berjaya diselesaikan dengan baik oleh KPM.
Bagi menambah baik sistem sedia ada, pakar pendidikan berpendapat KPM perlu lebih telus dalam mentafsir keputusan dengan tidak hanya menunjukkan yang baik sahaja.
Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata keputusan yang memberangsangkan ini memberikan gambaran kepada umum bahawa PdPR berjalan lancar dan tiada apa yang perlu diperbaiki lagi.
"Keputusan SPM 2020 jelas menggambarkan pembelajaran murid tidak terjejas ketika pandemik dan KPM berjaya menangani segala cabaran dan masalah yang berpunca daripada pandemik sejak tahun lepas," katanya kepada Bernama.
Seperti tidak peka dengan keadaan semasa, KPM sepatutnya perlu lebih bersedia untuk berkongsi impak sebenar pandemik COVID-19 terhadap pembelajaran murid.
Ini kerana sepanjang sesi pembelajaran tahun lepas, terlalu banyak masalah yang timbul dan sehingga kini walaupun guru, pelajar dan ibu bapa semakin menerima kaedah pembelajaran melalui PdPR, namun masih banyak lompang yang perlu diperbaiki.
"Dalam hal ini, KPM wajib kenal pasti kelemahan yang masih perlu ditambah baik bagi memastikan kohort SPM 2021 dapat dibantu semaksimum mungkin.
"Pengumuman keputusan SPM 2020 yang memberangsangkan bukanlah petanda tidak wujud kelemahan, tambahan pula kohort 2021 adalah kohort berbeza dan mungkin memerlukan kaedah pembelajaran yang juga berbeza," katanya.
Calon SPM 2021 yang akan menduduki peperiksaan pada Mac 2022, berhadapan cabaran berganda kerana sejak dari Tingkatan 4, mereka kurang berpeluang belajar secara bersemuka di sekolah dan situasi itu dijangka berterusan pada tahun ini.
Paling dibimbangi, sekiranya mereka berhadapan dengan kelelahan pandemik atau 'pandemic fatigue' yang membuatkan mereka berasa letih, tertekan, bosan dan tidak bersemangat untuk belajar disebabkan terlalu lama terkurung di rumah dan hanya mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Perkara ini antara yang perlu dilihat KPM kerana sekiranya tiada usaha menangani masalah ini dibimbangi akan merosakkan pemikiran, kesihatan dan proses pembelajaran murid, katanya.
Namun menurut Azlin, jika melihat secara positif kepada peningkatan calon yang memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran, membuktikan bahawa pelajar semakin matang menguruskan masa dengan belajar secara kendiri dan tidak hanya bergantung kepada guru serta kaedah PdPR semata-mata.
"Memang ada pelajar yang lebih selesa belajar sendiri dan PdPR meyakinkan mereka bahawa pembelajaran kendiri lebih mudah.
"Pembelajaran online (secara dalam talian) memberi ruang kepada murid untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tambahan dan tidak bergantung kepada guru dan silibus yang ditetapkan.
"Situasi ini tidak hanya terhad kepada murid di bandar tetapi juga murid luar bandar," katanya.
Namun begitu, beberapa aspek dalam PdPR perlu ditambah baik dan wajar dipertingkatkan antaranya kolaborasi dalam kalangan guru dan ibu bapa untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran serta penggunaan peranti.
Beliau yang pernah membuat kajian melibatkan 4,985 guru di seluruh negara tahun lepas mendapati kesediaan guru melaksanakan PdPR secara umumnya adalah tinggi dengan nilai purata pada 3.73 (nilai 1 paling rendah, nilai 5 paling tinggi).
Kajian tersebut turut mendedahkan beberapa aspek yang perlu ditekankan untuk menambah baik pelaksanaan PdPR, antaranya aspek pembangunan profesional guru, kolaborasi dalam kalangan guru dan ibu bapa, serta hal-hal yang berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan pentadbir sekolah.
Justeru, KPM perlu membuat kajian berterusan dengan mencari mekanisme untuk mengenal pasti masalah pentadbiran, guru dan murid serta bantuan yang boleh diberikan mengikut keperluan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sedia ada, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 14 2021
Keputusan yang memberangsangkan ini memberikan gambaran kepada umum bahawa PdPR berjalan lancar dan tiada apa yang perlu diperbaiki lagi. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - KP Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.