awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis

Khalis Khadir
Khalis Khadir
25/01/2025
12:43 MYT
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Dr Syed Mohamed turut menepis kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (gambar) yang menuding jari kepada WHO kerana gagal menguruskan pandemik Covid-19 sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.
Profesor Ekonomi Kesihatan, Dasar dan Pengurusan IMU, Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid berpendapat, masih ada negara besar lain yang menjadi penyumbang utama kepada sumber kewangan WHO.
“Kalau kita lihat sokongan atau bantuan WHO kepada negara membangun dan negara miskin ada beberapa program besar antaranya imunisasi untuk kawal penyakit berjangkit seperti polio.
“Di negara Afrika masih ada penyakit malaria, ini beri impak tapi selain AS ada negara lain bagi sumbangan besar misalnya United Kingdom, Jerman dan China yang juga beri dana besar kepada dana WHO,” katanya.
Beliau yang mengulas dalam Fokus Minggu Depan pada Sabtu berpendapat, keputusan AS hanya merugikan rakyatnya sendiri kerana masih ramai dalam kalangan mereka tiada perlindungan kesihatan sejagat.
Beliau turut menepis kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menuding jari kepada WHO kerana gagal menguruskan pandemik Covid-19 sebelum ini.
Dr Syed Mohamed berpandangan, ia berpunca daripada segelintir rakyat Amerika yang tidak mengambil suntikan vaksin selain kurang mematuhi langkah pencegahan seperti saranan WHO, kerana hakikatnya ratusan negara lain berjaya mengekang pandemik.
Menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), AS akan meninggalkan WHO pada 22 Januari 2026 selepas Trump memaklumkan keputusan itu secara rasmi.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#WHO
#Donald Trump
#tarik diri
#kesihatan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan