awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan kes Ahmad Zahid: "Semua letak atas bahu PM" - Saifuddin Nasution

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/09/2023
15:13 MYT
Keputusan kes Ahmad Zahid: "Semua letak atas bahu PM" - Saifuddin Nasution
Saifuddin menegaskan, ia adalah kuasa Peguam Negara mengikut perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah, tiada kaitan dengan kuasa eksekutif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, ia adalah kuasa Peguam Negara mengikut perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
“Peguam Negara ada kuasa di bawah 145 untuk dakwa atau tidak, untuk meneruskan atau menggugurkan (sesuatu pertuduhan).
“Itu kuasa yang ada dalam Perlembagaan. Sebab itu saya menolak dan menangkis sebarang tuduhan dan andaian bahawa tindakan apa pun yang dibuat oleh Peguam Negara, semuanya diletakkan di bahu Perdana Menteri.
“Ini seolah-olah Perdana Menteri tiada kerja lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Taman Angerik, di sini pada malam Selasa.
Perkara 145 antara menyatakan Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
Pada Isnin, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.
Jabatan Peguam Negara pula hari ini menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid dalam prosiding pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dibuat berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan kepada mahkamah.
Sementara itu ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang menggesa reformasi institusi dilakukan, Saifuddin berkata ketika ini kuasa untuk melantik Peguam Negara adalah atas perkenan Yang Dipertuan Agong, berdasarkan cadangan ketua eksekutif.
"Ini bukannya pertama kali, kita ini mewarisi, sistem sudah berjalan.
"Kalau ada apa-apa usul untuk mengubah keadaan sekarang, caranya adalah seperti dicadangkan oleh saudara Wong Chen. Kita akan tengok daripada situ dan saya tak ada sebarang komen lebih daripada itu. Buat masa skrg sistem yang ada begitu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Peguam Negara
#Ketua Eksekutif
#Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan