KUALA LUMPUR: Semua mata akan tertumpu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman pagi ini untuk keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
Ab Karim dijangka menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi ini.
Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, iaitu mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Samirah, 47, dan dua remaja yang kini berusia 19, dan 16 tahun, mereka akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan sebaliknya, ketiga-tiga mereka akan dilepas dan dibebaskan.
Samirah, serta dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 15 dan 11 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Pada 14 Feb lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; Dr Prashant Sanberker serta pengawal keselamatan kediaman si mati Raju Kumar Pandit.
Perbicaraan kes Samirah yang didakwa membunuh suaminya itu bermula pada 6 Sept 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin. - Foto fail

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua anaknya dilepas dan dibebaskan
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar, dan dua anaknya berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan empat tahun lalu.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Dihentak kepala dengan kamera, peguam Samirah belum putus untuk buat laporan polis
Insiden berlaku ketika Samirah yang ditemani peguamnya dibawa ke kamar perbicaraan.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: "Kebenaran pasti akan timbul" - Abang Allahyarham Nazrin
Rayuan itu akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian - Shafee
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua remaja tiba di mahkamah 9.10 pagi
Samirah bersama dua remaja berkenaan tiba sambil diiringi barisan peguam serta ahli keluarga.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund pagi ini
Ab Karim dijangka menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi ini.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Nasib Samirah, dua remaja diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman dijangka membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada jam 9 pagi esok.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun
Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 30 Mei
Keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan akan diketahui pada 30 Mei.

CEO Cradle Fund dibunuh, bukan disebabkan kejadian kebakaran - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata kebakaran yang berlaku itu, bukanlah disebabkan satu kemalangan sebaliknya ia adalah satu kebakaran yang dirancang.