awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Hatimurni rakan strategik institusi agama dan ibu ayah dalam pendidikan Islam
POLITIK
Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR: Nurul Izzah, Saifuddin gandingan secocok - Fahmi
MALAYSIA
Info grafik KPN baharu: "Ini satu fitnah"- Fahmi Fadzil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Keputusan kes bunuh pelajar kolej vokasional 11 Jun

Bernama
Bernama
14/05/2025
07:40 MYT
Keputusan kes bunuh pelajar kolej vokasional 11 Jun
Hakim Datuk Duncan Sikodol menetapkan tarikh berkenaan pada prosiding sebutan hari ini. -Gambar hiasan/Pexels
TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 11 Jun ini untuk keputusan kes 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh rakan sekolah mereka Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Jun sebagai tarikh keputusan kes 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat, pada Mac 2024.
  • Kesemua tertuduh berusia 16 hingga 19 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman mati atau penjara 30-40 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
  • Keterangan saksi menunjukkan mangsa dipukul secara beramai-ramai kerana dituduh mencuri, dengan laporan forensik menemui 107 kecederaan pada tubuh mangsa, termasuk 102 kesan lebam.

Hakim Datuk Duncan Sikodol menetapkan tarikh berkenaan pada prosiding sebutan hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif memohon masa untuk pihak pendakwaan membalas hujahan daripada pihak pembelaan. Selain Nur Nisla, kes pendakwaan turut dikendalikan bersama Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri
Pada 28 Feb lepas, Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu untuk membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac 2024.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 15 April lepas, prosiding pembelaan kes bunuh membabitkan 13 pelajar lelaki itu ditutup selepas 18 saksi termasuk kesemua tertuduh selesai memberi keterangan yang bermula pada 10 Mac.
Semasa prosiding pembelaan, saksi pembelaan kesembilan yang juga tertuduh ketiga antaranya memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melihat mangsa mencuri wang miliknya atau tertuduh keempat selain memaklumkan tiada siapa melihat mangsa mencuri.
Selain itu, saksi pembelaan ketujuh yang juga tertuduh kedua memberitahu mahkamah bahawa dia menampar muka, memukul bahu, menendang serta memijak pinggang mangsa semasa di bilik asrama 5 Belian bagi mendapatkan jawapan daripada mangsa berhubung kes kecurian yang dilaporkan oleh tertuduh pertama dan seorang pelajar lain.
Pada 9 Dis tahun lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas 25 saksi termasuk pelajar dan guru kolej berkenaan selesai memberi keterangan pada perbicaraan bermula 19 Nov 2024.
Semasa prosiding pendakwaan, saksi pendakwaan ke-25, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu ASP Suddin Tjinke memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan siasatan polis bahawa Mohamad Nazmie Aizzat dipaksa mengaku mencuri selepas dipukul.
Selain itu, saksi pendakwaan kelima, pakar patologi forensik Dr Dzureena Abdul Mutalib memberitahu mahkamah bahawa terdapat 107 kecederaan ditemukan pada tubuh mayat Mohamad Nazmie Aizzat membabitkan 102 kesan lebam serta lima luka melecet.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili oleh peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu
#Mohamad Nazmie Aizzat
#kes bunuh rakan
#mangsa dipukul beramai-ramai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami