Keputusan kes saman keluarga Altantuya: Mahkamah Rayuan tetap 20 Jan 2026

Dua bekas pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah disabitkan bersalah pada 2009 atas tuduhan membunuh Altantuya (gambar) di Shah Alam antara 19 dan 20 Okt 2006. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 20 Jan tahun depan bagi keputusan rayuan difailkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada keluarga warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Peguam Abraham Au yang mewakili Abdul Razak, mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mahkamah akan menyampaikan keputusan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Pengurusan kes telah diadakan pada 4 Nov di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman.
Pada 9 Okt tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Hashim Hamzah, Datuk Azman Abdullah dan K. Muniandy, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan daripada semua pihak dalam rayuan tersebut.
Pada 16 Dis 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan saman sivil yang difailkan oleh keluarga Altantuya dan memerintahkan bekas pegawai polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, bersama Abdul Razak dan kerajaan, supaya membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta secara bersama.
Kerajaan dan Abdul Razak kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Ibu bapa Altantuya serta cucu mereka telah memfailkan saman berjumlah RM100 juta pada 4 Jun 2007, dengan mendakwa bahawa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi.
Dua bekas pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah disabitkan bersalah pada 2009 atas tuduhan membunuh Altantuya di Shah Alam antara 19 dan 20 Okt 2006.
Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka Azilah dan Sirul, selepas membatalkan keputusan pembebasan sebelum itu oleh Mahkamah Rayuan.
Namun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah pada 2015 dan dipercayai berada di Australia.
Pada Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan Azilah dan menukar hukuman matinya kepada penjara 40 tahun.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh tertentu yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan bagi keputusan rayuan difailkan oleh kerajaan dan Abdul Razak Baginda berkenaan kes Altantuya? A: 20 Jan tahun depan ditetapkan sebagai tarikh keputusan rayuan.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam berkenaan saman sivil yang difailkan oleh keluarga Altantuya? A: Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan saman sivil keluarga Altantuya dan memerintahkan pihak tertuduh untuk membayar ganti rugi RM5 juta secara bersama.
- Q: Bagaimanakah hukuman yang diterima oleh dua bekas pegawai polis yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya? A: Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar disabitkan bersalah membunuh Altantuya, dan pada awalnya dihukum mati, tetapi hukuman Sirul Azhar telah ditukar kepada penjara 40 tahun selepas semakan oleh Mahkamah Persekutuan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

