awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober

Bernama
Bernama
18/08/2023
04:49 MYT
Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober
Hakim Anand Ponnudurai menetapkan tarikh itu selepas prosiding klarifikasi kes saman tersebut oleh kedua-dua pihak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Okt untuk keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation (NFC) untuk mendapatkan semula RM253.6 juta pembayaran pinjaman dan faedah daripada syarikat itu berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Hakim Anand Ponnudurai menetapkan tarikh itu selepas prosiding klarifikasi kes saman tersebut oleh kedua-dua pihak.
"Mahkamah menetapkan keputusan kes saman ini pada 13 Okt, pukul 3 petang secara fizikal," katanya.
Prosiding hari ini dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan dan Asliza Ali yang mewakili kerajaan manakala peguam Datuk K. Kirubakaran mewakili 11 defendan.
Dalam saman itu, kerajaan selaku plaintif menamakan NFCorp sebagai defendan pertama, manakala Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, serta tiga anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, masing-masing sebagai defendan kedua hingga kelima.
Perbicaraan itu bermula 2021, dengan plaintif mengemukakan tujuh saksi antaranya bekas Ketua Setiausaha Pembendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir manakala defendan memanggil lima saksi termasuk Mohamad Salleh untuk memberi keterangan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan mendakwa satu perjanjian telah ditandatangani dengan NFC pada 6 Dis 2007 bagi pinjaman berjumlah RM250 juta, sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi NFC Gemas selaras dengan dasar untuk membangun serta meningkatkan pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu.
Pinjaman itu disalurkan kerajaan kepada NFCorp dalam tiga peringkat dan keluarga Mohamad Salleh membuat 10 pengeluaran berjumlah RM180.51 juta dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NFC
#National Feedlot Corporation
#Shahrizat Abdul Jalil
#keputusan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.