awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Mahkamah Rayuan bertepatan perjalanan undang-undang - Shafie

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/11/2019
16:52 MYT
Keputusan Mahkamah Rayuan bertepatan perjalanan undang-undang - Shafie
Keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman terhadap penolakan samannya dalam mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah
Keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman terhadap penolakan samannya dalam mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah bertepatan dengan perjalanan undang-undang.
Jelas Mohd Shafie, kelewatan keputusan hanya akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.
"Hak dan penentuan yang terutama dua perkara kita tahu bahawa mesti ada di antara judiciary, di antara ruler dan juga pihak eksekutif.
"Dan ini jelas bidang kuasa rulers sama ada untuk membubarkan dewan, kedua untuk melantik ketua menteri di mana sekiranya didapati dalam penentuan pentafsiran, ia bergantung kepada majoriti yang merupakan asas cukup jelas dalam perkara ini,” katanya semasa sidang media di lobi Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Terdahulu di Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu, tetiga-tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan bantahan awal responden untuk membatalkan rayuan Musa itu.
Mohd Shafie pula diwakili Peguam Negara Sabah, Datuk Zaleha Rose Pandin dan Datuk Douglas Lind.
Ketika membantah rayuan itu, Douglas mengemukakan surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah, Shafaruddin Halide, menyenaraikan semua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan gabungan politik mereka dengan majoriti oleh Parti Warisan Sabah pimpinan Mohd Shafie.
Douglas berharap mahkamah tidak mendengar rayuan itu kerana ia tidak mempunyai kesan kepada Shafie sekirannya rayuan itu dibenarkan.
Beliau berhujah bahawa rayuan itu adalah akademik kerana Mohd Shafie mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
#Ketua Menteri Sabah
#Mahkamah Rayuan
#saman
#Tan Sri Musa Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan