awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi

Bernama
Bernama
28/11/2015
09:02 MYT
Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi
HAMZAH: Penggunaan peranti dan perisa cecair rokok elektronik itu mesti menepati standard yang telah diguna pakai oleh pihak antarabangsa. -Gambar fail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keputusan mengenai kajian terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan diumumkan tidak lama lagi.
Beliau berkata ini kerana sekiranya mahu vape dibenarkan dijual di pasaran, ia perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.
Katanya, ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.
"Penggunaan peranti dan perisa cecair rokok elektronik itu mesti menepati standard yang telah diguna pakai oleh pihak antarabangsa.
"Apa pun keputusan dibuat nanti adalah keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak dan diharap tidak akan timbul isu lagi pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Larut di Hospital Selama di sini hari ini.
Hamzah berkata usaha memperkenalkan standard khas itu dibuat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan dan Sirim Bhd.
"Dari segi cecair vape yang akan digunakan nanti, ia perlu menepati kandungan paras nikotin sama seperti kandungan nikotin yang dibenarkan dalm rokok kerana ada pihak yang mengatakan vape boleh merosakkan kesihatan sementara pihak lain mengatakan ia boleh mengurangkan tabiat merokok.
"Jadi apabila kajian itu telah selesai sehingga analisis yang dilakukan benar-benar saintifik, baharu kita keluarkan satu peraturan dari segi penggunaan dan penjualan yang akan diumumkan nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#cecair vape
#E-rokok
#Hamzah Zainuddin
#Kementerian Kesihatan
#KPDNKK
#Sirim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan