Keputusan jawatan Naib Presiden PAS akan diumumkan esok berikutan pengiraan semula untuk pengundian jawatan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS ke-59, Asmuni Awi berkata, persaingan sengit antara semua calon yang bertanding merupakan punca pengiraan semula undian ini diadakan.

"Kami menjangka keputusan Naib Presiden akan diumumkan pada esok selewat-lewatnya jam 9.30pagi," kata Asmuni.

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama pengiraan semula bagi jawatan naib presiden diadakan.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-59 dia Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.