awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan peperiksaan STAM 2024 pada 20 Mei - KPM

Bernama
Bernama
13/05/2025
05:31 MYT
Keputusan peperiksaan STAM 2024 pada 20 Mei - KPM
Keputusan peperiksaan STAM 2024 akan diumumkan pada 20 Mei, melibatkan 4,507 calon di 132 pusat peperiksaan seluruh negara. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 20 Mei ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Ringkasan AI
  • Keputusan peperiksaan STAM 2024 akan diumumkan pada 20 Mei, melibatkan 4,507 calon di 132 pusat peperiksaan seluruh negara.
  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing, manakala calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian di myresultstam.moe.gov.my atau melalui SMS dari 20 hingga 26 Mei.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas, di 132 pusat peperiksaan seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, semua calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula 10 pagi hari berkenaan.
"Bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan keputusan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my, untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula 10 pagi, 20 Mei hingga 6 petang 26 Mei.
Semakan juga oleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diaktifkan dari 10 pagi 20 Mei hingga 6 petang 26 Mei, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#peperiksaan STAM 2024
#pusat peperiksaan
#Jabatan Pendidikan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan