awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM

Bernama
Bernama
19/03/2024
03:10 MYT
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my .
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac ini (Selasa), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh berkenaan.
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula pukul 10 pagi pada 26 Mac hingga 6 petang, 1 April.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan dari 10 pagi 26 Mac hingga 6 petang 1 April, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STAM
#Kementerian Pendidikan
#sekolah
#keputusan peperiksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan