awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun

Bernama
Bernama
17/04/2024
14:15 MYT
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Muhammad Shafee berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh turut mengarahkan pihaknya memfailkan hujahan bertulis tambahan jika ada sebelum keputusan dibuat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 agar bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh turut mengarahkan pihaknya memfailkan hujahan bertulis tambahan jika ada sebelum keputusan dibuat.
"Terdapat perintah daripada hakim sebelum prosiding bermula bahawa orang awam termasuk wartawan tidak boleh mengikuti prosiding kerana ia dijalankan secara dalam kamar," katanya kepada pemberita selepas prosiding selesai.
Ditanya mengenai kertas kausa iaitu afidavit saksi yang menyokong permohonan Najib, beliau berkata dokumen itu sepatutnya tidak boleh diakses oleh orang awam.
Najib, 70, memfailkan permohonan itu pada 1 April lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Antara lain, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Jan 2024.
Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.
Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Muhammad Shafee Abdullah
#SRC International Sdn Bhd
#baki hukuman penjara enam tahun di rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan