PUTRAJAYA: Mahkamah hari ini menangguhkan tarikh keputusan rayuan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mengetepikan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke 5 September ini.
Pengerusi panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md Said memutuskan demikian selepas mahkamah diberitahu bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi akibat acute gastroenteritis.
Bagaimanapun, beliau berkata, rekod menunjukkan rayuan telah ditangguhkan beberapa kali, dan panel sebenarnya sudah bersedia untuk menyampaikan keputusan hari ini.
“Dia (perayu) ada hak ke atas diri dia artikel tetapi tidak bolehlah sampai abuse the process,” kata Kamaluddin dengan ringkas.
Peguam utama Abdul Azeez, Amer Hamzah Arsyad berkata, beliau mengambil maklum tentang penangguhan itu dan akan menyediakan dokumen berkaitan seperti sijil cuti sakit kepada pihak mahkamah.
Selain Kamaludin, panel tiga hakim itu turut dibarisi Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang mengendalikan pendakwaan hari ini Ku Hayati Ku Haron memaklumkan dua lagi TPR tidak dapat hadir, iaitu Aslinda Ahmad dan Nik Haslinie Hashim.
Ku Hayati berkata, ketika ini Nik Haslinie sedang menjalani kuarantin akibat COVID-19, manakala Aslinda berada di Melaka untuk menerima pingat sempena ulang tahun ke-73 Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.
Dalam pada itu, Amer Hamzah memaklumkan ketika ini pembelaan masih menunggu jawapan balas pihak Jabatan Peguam Negara berhubung empat surat representasi untuk pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan tersebut.
“Saya juga ingin meluahkan kekecewaan berhubung empat surat representasi yang diserta dengan dokumen berkaitan dihantar kepada SPRM dan AGC.
“Surat terakhir dihantar pada 27 Jun lalu. Kita berharap ada jawapan daripada pihak itu. Mereka boleh terima atau menolak surat.
"Kalau prosedur biasa, kalau mereka berasakan representasi itu lemah, ia boleh ditolak,” katanya.
Mendengar kenyataan itu, Kamaluddin berkata, sepatutnya pihak AGC perlu memberi jawab balas, dan tidak membiarkan keadaan tergantung.
“Kalau tak ada apa-apa jawapan dari AG (Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun), anggap macam tak ada sahajalah.
“(Tetapi) harap AG ke siapa ke, jawablah. Jawab kalau tolak tu tolaklah, (janji) ada jawapan. Kalau tidak tergantung macam ni,” tegas Kamaludin.
Pada 1 Julai lalu, media melaporkan pembelaan telah memohon supaya keputusan rayuan Abdul Azeez bagi membatalkan tuduhan berkenaan di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan.
Amer Hamzah berkata, ia bagi memberi ruang dan masa kepada SPRM menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada AGC.
Abdul Azeez, 54, menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.
Projek tersebut melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).
Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini, pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Pendakwaan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Firdaus Azil
Fri Aug 26 2022

Kamaludin penangguhan keputusan selepas mahkamah diberitahu Abdul Azeez dimasukkan ke PPUM jam 3 pagi tadi akibat acute gastroenteritis. -Gambar fail/Bernama

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.

Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.

Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Hakim tarik diri dengar rayuan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Saman itu berkaitan pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.

Keputusan rayuan Abdul Azeez batal 13 pertuduhan rasuah, AMLA diketahui hari ini
Sekiranya mahkamah membenarkan rayuan tersebut, Abdul Azeez akan dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan berkenaan.

Keputusan rayuan Abdul Azeez batal 13 pertuduhan rasuah dijangka esok
Ketika ini prosiding di Mahkamah Sesyen KL, ditangguhkan sementara rayuan Abdul Azeez didengari di peringkat Mahkamah Rayuan.

Keputusan rayuan Abdul Azeez ditangguh ke 5 Sept
Mahkamah diberitahu bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi akibat acute gastroenteritis.