MALAYSIA
Keputusan rayuan Rosmah singkir hakim kes solar pagi ini

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid. - Foto fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Keputusan rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyingkirkan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
- Keputusan rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada kes rasuah projek solar akan diumumkan oleh panel tiga hakim pada hari Rabu.
- Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
- Jika rayuan diterima, kes boleh dibicarakan semula di hadapan hakim baharu; jika ditolak, Rosmah masih boleh merayu di Mahkamah Persekutuan sementara hukuman ditangguhkan.
Sekiranya keputusan berbeza, isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama hakim-hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin dijadualkan membacakan keputusan pada jam 9 pagi.
Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan berkenaan dan mengenakan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun hukuman akan berjalan serentak, bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.
Dia juga didenda RM970 juta, dan jika gagal membayar denda itu, Rosmah boleh dihukum penjara selama 30 tahun.
Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan Rosmah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Sebelum ini, peguam yang mewakili Rosmah memohon agar mahkamah terlebih dahulu mendengar rayuan anak guamnya berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menggugurkan dirinya daripada mendengar serta mengadili kes solar tersebut.
Permohonan untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini dibuat dua hari sebelum keputusan diumumkan, atas alasan penghakiman kes itu didakwa bocor.
Peguam juga memberitahu bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan hujahan setebal 700 muka surat untuk rayuan itu.
Dalam prosiding berkenaan, peguam, Datuk Jagjit Singh, Datuk Akberdin Abdul Kader, Azrul Zulkifli Stork dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hadir bagi mewakili Rosmah selaku pemohon sementara Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai sebagai responden. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami