PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Dis untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam A. Vishu Kumar yang mewakili Sultanah Nur Zahirah dan peguam Americk Sidhu yang mewakili Rewcastle-Brown serta dua responden yang lain hari ini.
"Kami memerlukan sedikit masa untuk memberikan keputusan kami," kata Hakim Hadhariah yang mempengerusikan panel itu.
Sultanah Nur Zahirah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt tahun lepas yang menolak saman baginda terhadap Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat pencetakan Vinlin Press Sdn Bhd.
Baginda mendakwa responden (Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise dan Vinlin Press) telah memfitnah dalam sebuah buku bertajuk "The Sarawak Report-The inside IMDB Expose".
Dalam prosiding hari ini yang diadakan secara dalam talian, Vishu berkata hakim Mahkamah Tinggi Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan terkhilaf apabila memutuskan bahawa kenyataan dalam buku itu bukan memfitnah Sultanah Nur Zahirah.
Beliau berkata responden gagal mengemukakan sebarang keterangan untuk membuktikan kebenaran kenyataan tersebut dan gagal mengesahkan ketepatan kenyataan tersebut.
Vishu berkata Sultanah Nur Zahirah perlu diberikan award ganti rugi kerana telah menunjukkan beratnya liabiliti dan kerosakan yang dilakukan terhadap reputasi Sultanah apabila lebih 2,000 naskhah buku itu terjual.
Mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa Sultanah Terengganu adalah Canselor di dua universiti dan terlibat dalam kerja-kerja amal dan baginda juga pernah menjadi Raja Permaisuri Agong Malaysia, katanya.
Beliau berkata walaupun responden membuat pindaan kepada buku itu melibatkan kenyataan yang disangkal itu, responden menggantikan rujukan Sultanah Nur Zahirah dengan adinda Sultan, reputasi baginda (Sultanah Nur Zahirah) masih tidak dibersihkan kerana tiada permohonan maaf atau penarikan balik yang boleh membatalkan sepenuhnya kemudaratan yang telah dilakukan oleh fitnah tersebut.
Americk Sidhu berkata hakim Mahkamah Tinggi betul dalam keputusannya semasa menolak tuntutan Sultanah Nur Zahirah itu.
Beliau berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan isu itu secara terperinci sebelum mendapati kandungan petikan dalam buku itu tidak mungkin memfitnah Sultanah Nur Zahirah.
Americk Sidhu berkata jika mahkamah rayuan bercadang untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan bahawa kenyataan itu berunsur fitnah, pemberian ganti rugi sepatutnya nominal.
Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan tersebut antara lain bermaksud baginda terlibat dalam rasuah dan campur tangan dalam pentadbiran kerajaan Terengganu, selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) kemudiannya dikenali sebagai 1MDB.
Baginda mendakwa kenyataan itu bermakna baginda telah membantu Jho Low menjadi penasihat TIA.
Dalam pernyataan tuntutannya, Sultanah Nur Zahirah meminta ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap responden dan juga perintah supaya penerbit menarik balik buku yang mengandungi kenyataan fitnah yang didakwa itu serta pencetak berhenti mencetak buku tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Sultanah Nur Zahirah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt tahun lepas yang menolak saman baginda terhadap Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat pencetakan Vinlin Press Sdn Bhd. - Gambar fail

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.

Keputusan rayuan Sultanah Nur Zahirah dalam kes saman terhadap Rewcastle-Brown pada 12 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Dis untuk keputusannya terhadap rayuan Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.