awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan RUU Mufti Wilayah Persekutuan perlu pertimbang kehendak umat Islam

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2024
23:15 MYT
Keputusan RUU Mufti Wilayah Persekutuan perlu pertimbang kehendak umat Islam
MUSA: Kita tak boleh sekat rakyat untuk bercakap mengenai hal ini. Terlalu banyak cakap dan bahas akan menyebabkan kita boleh lihat dua kelompok agamawan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Keputusan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 yang akan ditentukan oleh ahli Parlimen termasuk Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara perlu mempertimbangkan kehendak umat Islam di Wilayah Persekutuan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, undian daripada rakyat diperlukan meskipun RUU tersebut hanya terpakai kepada mereka yang berada di lokasi berkenaan.
“Kena ambil kira undian, berapa ramai yang setuju atau tidak kerana mereka (rakyat) yang akan menghadapi implikasi terhadap RUU itu nanti.
“Keputusan ahli Parlimen nanti akan memberi kesan kepada Wilayah Persekutuan, bukan kepada Malaysia secara keseluruhan,” katanya dalam Wacana Sinar edisi 464 bertajuk 'Merungkai Kekeliruan RUU Mufti' semalam.
Program tersebut dihoskan oleh Azlan Shah Nabees Khas turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Mujahid Yusof dan pendakwah, Wan Ji Wan Hussin yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Tambah Musa, seramai 222 ahli Parlimen bertanggungjawab untuk membuat keputusan mengenai penggubalan RUU tersebut.
“Kita lihat di Wilayah Persekutuan, kawasan Parlimen ada dalam 13 sahaja termasuk Putrajaya dan Labuan, tetapi keseluruhannya, ada 222 wakil rakyat yang mana mereka ini bukan ahli Parlimen kawasan itu,” ujarnya.
Selain itu, Musa berkata, rakyat akan mula keliru sekiranya perbincangan mengenai RUU tersebut dipanjangkan.
Ujarnya, ahli Parlimen perlu melihat atau mendengar isu yang dibincangkan dalam kalangan umat Islam berkaitan perkara tersebut.
“Kita tak boleh sekat rakyat untuk bercakap mengenai hal ini. Terlalu banyak cakap dan bahas akan menyebabkan kita boleh lihat dua kelompok agamawan.
“Satu pihak cakap begini dan pihak lain pula cakap begitu. Polemik ini akan terus berkembang dan dipanjangkan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
#ahli Parlimen
#Umat Islam
#Musa Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan