awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dituduh cuba bunuh anak berusia tiga tahun
Laluan hijau tingkat kecekapan ketibaan penumpang di KLIA 1 - Loke
Bekas jaguh beregu negara Tan Yee Khan meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan sampel air Sungai Perak jadi biru Isnin depan - Exco

Bernama
Bernama
25/10/2025
08:00 MYT
Keputusan sampel air Sungai Perak jadi biru Isnin depan - Exco
Pada 21 Okt, gambar air Sungai Perak di Jambatan Kampung Sungai Papan iaitu kira-kira lima kilometer ke arah utara Kampung Air Ganda, Gerik bertukar menjadi biru tular. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Keputusan sampel air Sungai Perak di Jambatan Kampung Sungai Papan, Gerik yang bertukar menjadi warna kebiruan disyaki akibat pencemaran akan diketahui pada Isnin depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Teh Kok Lim.
Beliau berkata sampel air sungai telah diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dan siasatan lanjut juga masih dijalankan JAS serta Jabatan Mineral dan Galian (JMG) Perak untuk mengetahui punca kejadian.
"Kejadian ini pertama kali berlaku dan ia (sampel air) sedang dianalisis Jabatan Kimia dengan mereka diarahkan untuk mempercepat analisis," katanya pada sidang media selepas Program Green Tech Perak 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.
Teh berkata pihaknya dimaklumkan kejadian disyaki berpunca daripada kolam takungan air melimpah akibat hujan lebat beberapa hari lepas.
Pada 21 Okt, gambar air Sungai Perak di Jambatan Kampung Sungai Papan iaitu kira-kira lima kilometer ke arah utara Kampung Air Ganda, Gerik bertukar menjadi biru tular di Facebook.
Pengarah JAS Perak Datuk Mohammad Ezanni Mat Salleh pada Khamis lepas, berkata kejadian disyaki akibat pencemaran daripada aktiviti perlombongan mineral namun siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sungai perak
#sungai biru
#pencemaran
#punca sungai perak biru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan