[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

Keputusan Shamsul Iskandar letak jawatan bukti Kerajaan Madani berintegriti - PM Anwar

Bernama 27/11/2025 | 09:15 MYT
Menurut PM Anwar, tindakan Shamsul Iskandar (gambar) meletakkan jawatannya itu adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan setiausaha politik kanannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan susulan terkait dakwaan rasuah, membuktikan bahawa Kerajaan MADANI mengamalkan tahap integriti yang tinggi.


Ringkasan AI
  • Keputusan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletak jawatan susulan dakwaan rasuah memperlihatkan Kerajaan MADANI menitikberatkan integriti yang tinggi.
  • Tindakan Shamsul Iskandar meminta siasatan SPRM menunjukkan komitmen yang belum pernah berlaku dalam pentadbiran sebelum ini, menunjukkan kesungguhan dalam menangani isu integriti.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya tatakelola pemerintahan yang baik untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, serta menitipkan pesanan kepada staf untuk bertanggungjawab dalam menjaga integriti.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Beliau berkata tindakan Shamsul Iskandar meletakkan jawatannya itu adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini.

"Beliau terus meletak jawatan dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Mana ada dulu macam itu? Ini ada tuduhan terus berhenti dan panggil SPRM siasat. Barulah kita ada integriti.

"Dulu, kalau Perdana Menteri disiasat, menantu lari ke luar negara. Nak cakap soal integriti, integriti apa itu?" kata Anwar ketika sesi townhall pada program PMX Sayang Sabah Bersama Anak Muda Inanam di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau sentiasa menitipkan pesanan kepada semua petugasnya untuk mengambil tanggungjawab sekiranya didapati terlibat dalam sebarang salah laku yang mencemarkan integriti.

"Saya pesan kepada staf saya, jika didapati bersalah, kamu perlu menanggung padahnya, siasatan menyeluruh, bawa ke mahkamah, baru betul kita jaga negara ini," kata beliau.

Anwar turut menegaskan untuk memastikan Malaysia mencapai status sebuah negara yang berjaya, asasnya perlu bermula dengan tatakelola pemerintahan yang baik.

Pada Selasa, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, berikutan terdapat percubaan untuk menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri?
    A: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan susulan terkait dakwaan rasuah dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM.
  • Q: Mengapakah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tindakan meletakkan jawatan oleh Shamsul Iskandar menunjukkan tahap integriti yang tinggi dalam Kerajaan MADANI?
    A: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tindakan meletakkan jawatan oleh Shamsul Iskandar adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam mana-mana pentadbiran, menunjukkan tahap integriti yang tinggi dalam Kerajaan MADANI.
  • Q: Apakah pesanan yang sentiasa dititipkan oleh Perdana Menteri kepada semua petugasnya berkenaan dengan integriti?
    A: Perdana Menteri sentiasa menitipkan pesanan kepada semua petugasnya untuk mengambil tanggungjawab sekiranya didapati terlibat dalam sebarang salah laku yang mencemarkan integriti.
  • Q: Apakah status jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam Kerajaan MADANI?
    A: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri selepas terdapat percubaan untuk menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.
  • Q: Mengapakah Anwar Ibrahim menegaskan bahawa asas untuk Malaysia mencapai status sebuah negara yang berjaya perlu bermula dengan tatakelola pemerintahan yang baik?
    A: Anwar Ibrahim menegaskan bahawa asas untuk Malaysia mencapai status sebuah negara yang berjaya perlu bermula dengan tatakelola pemerintahan yang baik untuk mengekalkan integriti dan keberkesanan.



#Shamsul Iskandar Mohd Akin #Kerajaan Madani #SPRM #Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri