MALAYSIA
Keputusan STAM diumum 5 Feb - KPM
KPM turut mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Feb ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Ringkasan AI
Sebanyak 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu daripada sekolah masing-masing mulai 10 pagi tarikh sama dan bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
"Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian menerusi pautan http://myresultstam.moe.gov.my/ mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang)," menurut KPM.
Calon juga boleh menghantar sistem pesanan ringkas dengan menaip STAM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888, iaitu sistem tersebut akan diaktifkan mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang).
KPM turut mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Feb, dengan 4,443 calon yang mendaftar untuk peperiksaan tersebut.
- Calon boleh dapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah mulai 10 pagi pada tarikh yang sama atau secara dalam talian melalui laman web yang disediakan.
- KPM menegaskan perlunya pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan kepada calon dilakukan dengan cekap dan teratur bagi memastikan kelancaran proses tersebut.