awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan STPM 2017 diumum 6 Mac

Bernama
Bernama
27/02/2018
10:06 MYT
Keputusan STPM 2017 diumum 6 Mac
Keputusan STPM turut boleh disemak melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia. - Foto fail
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 akan dikeluarkan pada 6 Mac ini, kata Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Mohd Fauzi Mohd Kassim.
Menurutnya calon sekolah boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
"Calon peperiksaan juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan hantar ke 15888.
"Keputusan tersebut turut boleh disemak melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my," katanya hari ini.
Seramai 43,042 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2017 di 700 buah pusat di seluruh negara. Sebanyak 42,694 orang (99.19 peratus) merupakan calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47 peratus) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32 peratus) calon persendirian dan lapan orang (0.02 peratus) ialah calon sekolah kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keputusan
#Mohd Fauzi Mohd Kassim
#sekolah
#STPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan