awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan STPM 2020 pada 1 Julai

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2021
02:25 MYT
Keputusan STPM 2020 pada 1 Julai
Seramai 92,964 pelajar mengambil peperiksaan STPM 2020 yang bermula pada 8 Mac lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 1 Julai 2021.
Calon-calon boleh mengakses keputusan mulai jam 12 tengah hari, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini.
Terdapat beberapa kaedah untuk calon menyemak keputusan tersebut.
"Pertama, semakan keputusan penuh boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http:stpm.mpm.edu.my/stpmK.
"Kedua, menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapat ringkasan keputusan, dengan menaip STPM<jarak>No.KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886 mulai 11 pagi pada 1 Julai hingga 12 tengah hari 9 Julai.
"Keputusan juga akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai mulai jam 11 pagi (bagi calon yang memberikan alamat e-mel kepada MPM)," katanya.
Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, MPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan mengenal pasti mereka dan memaklumkan kaedah sesuai mendapatkan keputusan berkenaan.
Seramai 92,964 pelajar mengambil peperiksaan STPM 2020 yang bermula pada 8 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#peperiksaan
#Malaysia
#STPM
#keputusan
#dalam talian
#pelajar
#sekolah
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan