NATIONAL
Keputusan SVM, PASM esok - Lembaga Peperiksaan
Slip keputusan peperiksaan bagi calon SVM Semester 4 dan pelaporan PASM bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh diperoleh dari kolej vokasional atau sekolah masing-masing mulai 10 pagi esok. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2021 akan dikeluarkan esok (4 Julai).
Perkara itu dimaklumkan Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut LP, slip keputusan peperiksaan bagi calon SVM Semester 4 dan pelaporan PASM bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh diperoleh dari kolej vokasional atau sekolah masing-masing mulai 10 pagi esok.
-- BERNAMA