awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tawaran ke tingkatan enam semester 1 tahun 2022 diumum 7 Julai

Bernama
Bernama
02/07/2022
06:50 MYT
Keputusan tawaran ke tingkatan enam semester 1 tahun 2022 diumum 7 Julai
Menurut KPM keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022.
PUTRAJAYA: Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam bagi 2022 akan diumumkan pada Khamis depan (7 Julai).
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.
"Murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.
"Bagi murid yang tidak mempunyai capaian Internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing," katanya.
Menurut KPM keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama, manakala bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian Internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikhyang sama.
Pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran," katanya.
Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemasukan Tingkatan Enam
#Lepasan SPM 2021
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan