awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tidak naik OPR beri kesan positif minat belian hartanah - MIDF Research

Dagang News
Dagang News
02/10/2023
04:50 MYT
Keputusan tidak naik OPR beri kesan positif minat belian hartanah - MIDF Research
Firma penyelidikan itu kekal positif terhadap sektor itu berikutan prospek yang lebih baik dengan hartanah tidak terjual mencatatkan aliran menurun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3% diunjur memberi kesan positif terhadap minat belian orang ramai terhadap sektor hartanah.
MIDF Research berkata, pasaran hartanah sebelum ini berdepan empat kenaikan OPR berturut-turut pada 2022 dan ia menjadikan sentimen belian hartanah menjadi perlahan.
Firma penyelidikan itu menganggarkan, setiap kenaikan 25bps dalam kadar faedah akan meningkatkan ansuran bulanan sebanyak RM60-RM70 untuk pinjaman rumah sebanyak RM500,000.
"Memandang ke hadapan, penganalisis kami meramalkan bahawa OPR kekal tidak berubah sepanjang tahun ini dan ia memberi kesan positif terhadap sektor hartanah.
"Kami berpendapat bahawa OPR yang tidak berubah seharusnya memberi petanda yang baik untuk pemulihan dalam permintaan untuk hartanah untuk baki 2023 dan 2024," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
MIDF Research berkata, penyusutan kadar rumah tidak terjual di Malaysia adalah sejajar dengan tahap inventori syarikat hartanah yang lebih rendah kerana syarikat hartanah telah secara aktif mengewangkan inventori mereka.
Pengewangan inventori adalah untuk menjana aliran tunai ketika berdepan persekitaran operasi yang mencabar akibat pandemik COVID-19.
"Inventori Eco World Development menyusut dengan ketara sebanyak 58% pada suku kedua tahun ini sejak 2019.
"Begitu juga, Mah Sing Group, SP Setia dan Glomac menyaksikan penurunan dua digit dalam inventori mereka," katanya.
Firma penyelidikan itu kekal positif terhadap sektor itu berikutan prospek yang lebih baik dengan hartanah tidak terjual mencatatkan aliran menurun.
Selain itu, OPR yang tidak berubah adalah positif kepada syarikat hartanah kerana ia menyokong pemulihan dalam permintaan untuk hartanah. - DagangNews
Topic Berkaitan
#OPR
#sektor hartanah
#minat belian
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan