awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN Sabah: GRS dahului di lapan kerusi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/11/2025
10:25 MYT
[TERKINI] KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN Sabah: GRS dahului di lapan kerusi
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan GRS, lapan kerusi berkenaan ialah Banggi, Pintasan, Sulaman, Kemabong, Sungai Manila, Apas, Membakut dan Karanaan. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara tidak rasmi mendahului di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, berdasarkan maklumat awal yang diterima sehingga jam 6 petang.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan GRS, lapan kerusi berkenaan ialah Banggi, Pintasan, Sulaman, Kemabong, Sungai Manila, Apas, Membakut dan Karanaan.
Di DUN Sulaman, kerusi tersebut disandang oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang telah diwakili kawasan berkenaan sejak 1990.
Hajiji berdepan saingan lima penjuru pada PRN Sabah ke-17.
Sementara itu, perkembangan positif turut dilaporkan bagi GRS di Pintasan, yang menyaksikan saingan sengit antara penyandang Datuk Fairuz Renddan dan veteran politik Tan Sri Pandikar Amin Mulia, serta di DUN Banggi, kawasan pedalaman yang juga menjadi tumpuan pada PRN kali ini.
Sementara itu, kerusi DUN Karanaan disandang oleh Datuk Seri Masidi Manjun sejak 2004, dan beliau bedepan saingan tujuh penjuru pada pilihan raya kali ini.
Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan sebarang keputusan rasmi, dan keputusan penuh dijangka diketahui sekitar 12 tengah malam ini.
Proses pengiraan undi masih berlangsung di semua pusat penjumlahan undi seluruh negeri.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#keputusan tidak rasmi
#Gabungan Rakyat Sabah GRS
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan