MALAYSIA
Keputusan tidak rayu 40 peratus hasil Sabah selaras dengan semangat federalisme - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN menyambut baik keputusan itu, yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam menghormati hak rakyat Sabah sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah, merupakan langkah tepat selaras dengan semangat federalisme.
Ringkasan AI
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN menyambut baik keputusan itu, yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam menghormati hak rakyat Sabah sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Sejak dari awal, BN sentiasa menjunjung kepentingan rakyat Sabah, memperteguh hak-hak yang termaktub dalam perjanjian dan perlembagaan, serta berusaha memastikan setiap komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini dilaksanakan secara adil dan berakauntabiliti," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata BN akan terus konsisten memperjuangkan hak Sabah dan juga mana-mana negeri lain mengikut kerangka perundangan serta semangat Perlembagaan, demi memastikan Malaysia kekal stabil, makmur dan inklusif.
Beliau berkata BN turut mengambil maklum keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang akan segera memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Sabah, bagi memastikan pelaksanaan pemberian khas itu dapat direalisasikan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.
Pada 17 Okt, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan bagi tahun 1974 hingga hingga 2021.
Semalam, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun, kerajaan akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman yang menyentuh dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan melibatkan kedua-dua kerajaan sejak 1974.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah, menunjukkan komitmen kepada federalisme dan menghormati hak rakyat Sabah.
- BN akan terus memperjuangkan hak Sabah dan negeri lain demi kestabilan, kemakmuran, dan inklusiviti Malaysia, serta akan runding dengan Kerajaan Sabah bagi pelaksanaan pemberian khas dengan tanggungjawab dan ketelusan.
- Kerajaan akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan sejak tahun 1974.