Skip to main content

Malaysia

Kerabat Diraja Pahang berkabung tiga hari kemangkatan Tengku Puteri Seri Kemala

TB_STATEMENT KERABAT DIRAJA PAHANG BERKABUNG_AWANI
Perkara itu dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dalam satu siaran media, pada Khamis.
Advertisement

KUANTAN: Seluruh Kerabat Diraja Negeri Pahang Darul Makmur diminta berkabung selama tiga hari susulan kemangkatan kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Perkara itu dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dalam satu siaran media, pada Khamis.

Titah berkabung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Ogos 2026 sebagai tanda penghormatan dan dukacita Kerabat Diraja Negeri Pahang Darul Makmur atas pemergian Almarhumah pada 26 Ogos 2026.

“Titah berkabung selama tiga hari itu bermula 27 Ogos hingga 29 Ogos 2026 sebagai tanda penghormatan dan dukacita Kerabat Diraja Negeri Pahang Darul Makmur atas pemergian Almarhumah,” menurut kenyataan berkenaan.

Sepanjang tempoh berkabung itu, Kerabat Diraja Pahang dikehendaki memakai pakaian berwarna putih, manakala kerabat lelaki turut memakai songkok yang dililit kain putih sebagai tanda berkabung.

Keluarga Kerabat Diraja Pahang turut digalakkan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin buat Almarhumah.

Kenyataan itu turut menyifatkan pemergian Almarhumah sebagai satu kehilangan besar kepada Kerabat Diraja Negeri Pahang, khususnya Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Pahang diseru bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Almarhumah mendapat keampunan, rahmat serta ditempatkan di syurga Allah SWT.

Must Watch Video

Advertisement