Seorang wanita lemas ketika melakukan aktiviti menyelam skuba di Teluk Dalam, Pulau Perhentian kira-kira jam 4.12 petang Sabtu.
Difahamkan mangsa yang berusia 62 tahun adalah kerabat diraja Perak, lemas ketika melakukan aktiviti tersebut bersama beberapa penyelam lain di bahagian belakang Pulau Perhentian Besar itu.
Menurut sumber, kejadian berlaku dipercayai akibat tangki udara dipakainya mengalami masalah ketika mangsa berada pada kedalaman 16 meter.
Katanya, kejadian itu disedari oleh salah seorang jurulatih yang turut berada di dalam air apabila tiba-tiba mendapati keluar banyak buih udara dari bahagian mulut mangsa.
Jurulatih tersebut kemudian melihat mangsa terus turun dasar sehingga pada kedalaman 19 meter dalam keadaan badannya lemah.
Mangsa telah dibawa naik ke permukaan air sebelum kumpulan tersebut berusaha memberi bantuan pernafasan (CPR) namun mangsa tidak memberi respon.
Menurut sumber lagi, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik tersebut.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut malam tadi sebelum dituntut oleh waris kira-kira jam 2.50 pagi ini dan difahamkan jenazah dibawa pulang ke Tambun, Perak menggunakan van jenazah Hospital Besut diiringi polis trafik.
Mangsa yang dikatakan mempunyai lesen menyelam skuba tiba di Pulau Perhentian pagi semalam dari Kuala Lumpur bersama dua anak lelakinya yang berusia 20 dan 30-an.
Sementera itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan terdapat kejadian lemas membabitkan seorang wanita di pulau tersebut semalam.
Menurutnya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa mati akibat lemas dan tidak ada sebarang unsur jenayah.
“Kejadian lemas itu membabitkan seorang wanita ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Perhentian Besar petang semalam dan kejadian ini merupakan kes kedua lemas di Pulau Perhentian pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi.
Sinar Harian
Sun Mar 24 2019
Pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa mati akibat lemas dan tidak ada sebarang unsur jenayah. - Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Mangsa hilang dalam tragedi bot karam ditemukan terapung
Mangsa dipercayai berenang bersendirian setelah terpisah dengan rakan-rakannya selepas bertindak terjun dari bot yang hampir tenggelam dalam keadaan ribut, hujan lebat dan ombak besar.
Lelaki lemas, terjatuh dari jeti LKIM Besut
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari jeti Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut, di sini, hari ini.
Harungi air bah dalam kesakitan untuk bersalin
Suhaida Azmani, 27, yang hamil 39 minggu itu tidak menyangka akan berasa sakit untuk bersalin semalam memandangkan dia hanya dijangka bersalin pada 7 Disember ini.
Murid darjah 4 maut terjerut baju hujan
Seorang murid tahun empat maut selepas terjerut baju hujan yang dipakainya ketika menaiki motosikal bersama ibu saudaranya.
Kerabat diraja Perak lemas di Pulau Perhentian
Difahamkan mangsa yang berusia 62 tahun adalah kerabat diraja Perak, lemas ketika melakukan aktiviti tersebut bersama beberapa penyelam lain di bahagian belakang Pulau Perhentian Besar itu.
Dakwa cuai, pasangan guru saman Hospital Besut RM10 juta
Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut dan 10 defendan lain, akibat kecuaian mengakibatkan kematian anak perempuan mereka.