KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan melalui Blueprint Perumahan 2.0 sedang melaksanakan perancangan untuk membina 28,033 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di seluruh negara bermula tahun 2021 sehingga tahun 2030.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Jumlah ini termasuklah 8,852 unit RKMAT seperti diumumkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) khusus untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Daripada jumlah 8,852 tersebut, sebanyak 1,509 unit sudah dalam proses pembinaan.
"Manakala, 7,343 unit lagi sedang dalam proses perolehan," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran RKMAT hari ini.
Jelasya, dengan siapnya 2,000 unit RKMAT di Bukit Jalil diharapkan ia memenuhi kira-kira 85 peratus keperluan perumahan anggota ATM di Lembah Klang.
“Dahulu kita dalam konsep pembinaan, selepas siap kita masuk tetapi banyak juga kes di mana projek itu terlewat ataupun terbengkalai yang menyebabkan kita tidak mampu untuk memindahkan anggota kita.
“Dan kesanya adalah kepada anggota kita yang terpaksa menyewa dan apabila projek itu gagal disiapkan atau ditangguhkan merekalah yang menjadi mangsa,”jelasnya.
Katanya lagi pendekatan membeli yang dilaksanakan ketika ini lebih berkesan berbanding membina perumahan anggota ATM dengan kos yang hampir sama.
Kesemua unit yang dibina, katanya, menyediakan kemudahan tiga bilik selain daripada dilengkapi perabot bagi anggota ATM.
“Kita ada 28,000 unit rumah yang diperlukan dan setakat hari ini banyak kita menerima cadangan-cadangan daripada syarikat-syarikat untuk membangunkan rumah bagi anggota tentera," katanya.
Tambah beliau ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan setiap anggota ATM yang sedang menunaikan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
Malah jelasnya, perumahan lama yang menempatkan anggota ATM di beberapa kawasan lain juga telah dinaiktaraf daripada dua bilik kepada tiga bilik.
“Mereka akan menduduki perumahan ini ketika masih menjalankan tugas sehinggalah mereka bersara,” jelasnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Nov 03 2021
Ismail Sabri ketika Majlis Pelancaran RKMAT di Bukit Jalil, hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ubah suai Rumah Keluarga Malaysia ATM beri keselesaan kepada anggota, keluarga
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia membabitkan pengubahsuaian dua unit rumah digabungkan menjadi sebuah rumah dengan keluasan 1,700 kaki persegi.
Kerajaan akan bina 28,033 unit RKMAT di seluruh negara
Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan setiap anggota ATM.