PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan akan mengeluarkan Pas Pelabur Strategik (SIP) secara aktif kepada pelabur dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global.
Menerusi inisiatif ini, katanya, pelabur strategik yang dikenal pasti oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan dapat tinggal di negara ini bagi tempoh minimum lima tahun dan dengan tujuan dilanjutkan kepada lima tahun lagi.
"Inisiatif ini adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan destinasi pelaburan yang berdaya saing di peringkat global," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sesi libat urus Belanjawan 2024 di sini, hari ini.
Anwar berkata kerajaan telah memberikan kuasa penuh kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memutuskan kemasukan golongan profesional ke Malaysia sejak dua bulan lalu.
"Sebelum ini selepas diluluskan oleh Bank Negara, mereka perlu pergi ke Kementerian Dalam Negeri dan ia menyebabkan lagi kelewatan.
"Tetapi sejak dua bulan lepas, kami mengambil keputusan untuk memberikan autonomi penuh kepada Bank Negara. Sebaik sahaja Bank Negara membuat keputusan dan meluluskannya, (ia) diluluskan secara automatik oleh semua agensi yang berkaitan," katanya.
Perdana Menteri berkata bagi menyelaraskan agensi penggalakan pelaburan (IPA) Malaysia, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menerajuinya pada akhir tahun ini untuk mengurangkan sebarang pertindihan antara agensi.
"Pada masa yang sama mengukuhkan tumpuan untuk memberi sokongan kepada pelabur domestik dan asing, dengan fokus untuk memastikan pelaburan yang diluluskan direalisasikan menjadi pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI)," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan memperluaskan skop pas lawatan profesional nomad digital untuk meliputi kemahiran berkaitan pembuatan.
Mengenai pelaburan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan SpaceX Elon Musk di Malaysia, Anwar berkata, beliau telah meminta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk memastikan ketiga-tiga syarikat Malaysia yang akan terlibat dengan SpaceX diberi ruang dan perhatian yang menepati keperluan Elon Musk.
"SpaceX ini adalah satu rencana beliau dan menarik sangat kerana bila dilancarkan pada 2009, kita adalah negara yang beri dukungan awal kepada beliau dalam keadaan banyak negara lain termasuk negara barat tidak mempunyai keyakinan.
"Malaysia tentunya bangga dengan keputusan itu dan terutamanya kerana ada tiga syarikat utama di Malaysia yang sebenarnya memberikan pengisian dalam program itu," katanya.
Menurutnya, keputusan Elon Musk untuk bekerjasama dengan kerajaan memberi gambaran tentang keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan menunjukkan ada kelebihan yang patut dimanfaatkan di negara ini.
"Malaysia boleh bertapak semula sekiranya kita boleh menarik pelabur ke negara ini, sebab itu saya rasa selain masalah yang kita warisi, hutang, defisit serta kedudukan dan senario ekonomi global yang mencabar, ada juga beberapa harapan yang harus kita manfaatkan," katanya.
Anwar hari ini mengadakan perbincangan secara maya dengan Elon Musk berkaitan pelaburan pembuatan kereta Tesla di negara ini serta perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX.
Perdana Menteri berkata kerajaan di bawah pimpinannya juga bertekad untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan melakukan pembaharuan institusi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
"Dasar bakal diumumkan dalam memperkasa ekonomi MADANI pada akhir bulan ini atau awal Ogos, yang utama adalah agar Malaysia menjadi peneraju ekonomi Asia dan pastikan Malaysia destinasi pelaburan bertaraf global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
ANWAR: Inisiatif ini adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan destinasi pelaburan yang berdaya saing di peringkat global. -Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).