Kerajaan akan membantu kurangkan beban guru

Astro Awani
November 12, 2013 05:07 MYT
Pihak kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan beban tugas yang dialami guru terutama sekali dalam pekerjaan pengkeranian.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berharap guru-guru dapat bersabar kerana tindakan akan diambil dalam dalam masa terdekat dan secepat mungkin.
Beliau mengambil contoh di Melaka dimana dua perjatwatan baru diwujudkan iaitu operator komputer yang akan membantu hal ehwal hardware dan software komputer dan seorang perkeranian untuk data input. Beliau juga berharap sistem akan diperluaskan dalam masa terdekat.
Ketika Sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom bertanyakan tentang langkah-langkah yang diambil kementerian pendidikan untuk mengurangkan beban para guru dalam kerja pengkeranian.
Klik video untuk berita penuh.
#guru #Kementerian Pendidikan #P. Kamalanathan #Sidang Dewan Rakyat