awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pantau implementasi RMK-12 - Mustapa

Bernama
Bernama
29/09/2021
03:04 MYT
Kerajaan akan pantau implementasi RMK-12 - Mustapa
Mustapa berkata kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan di bawah RMK-12. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memantau segala implementasi rancangan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melalui pelan pelaksanaan di bawah Unit Perancang Ekonomi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan di bawah RMK-12.
"Memang isu utama adalah pelaksanaan (RMK-12). Sekarang di Parlimen sudah dimulakan perbahasan (RMK12) dan banyak dipertikaikan mengenai kemampuan kita untuk melaksanakan rancangan yang cantik di kertas, dan kerajaan menerima kritikan secara terbuka.
"Ini mendorong kita untuk bekerja lebih keras," katanya dalam program Agenda AWANI bertajuk 'RMK12: Keluarga Malaysia Pacu Realiti Baharu Malaysia,' yang disiarkan malam tadi.
Agenda AWANI: RMK12 - Keluarga Malaysia Pacu Realiti Baharu Malaysia
Mustapa berkata kerajaan menghadapi cabaran untuk merangka RMK-12 ketika negara menghadapi krisis ekonomi dan kesihatan akibat COVID-19.
"Ada yang berpendapat, kenapa perlunya rancangan lima tahun. Kerajaan berpendapat kita harus ada visi untuk hala negara ke satu arah. Kalau kita tidak ada rancangan lima tahun, hala tuju kita akan menjadi kurang jelas.
"Oleh kerana RMK-12 ini jaraknya sebulan dengan Belanjawan 2022, ini juga menimbulkan isu. Inilah cabaran yang kita hadapi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#RMK-12
#Unit Perancang Ekonomi
#Rancangan Malaysia Ke-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan