Kerajaan akan memastikan kadar faedah pinjaman oleh pemaju perumahan kepada pembeli selari dengan kadar yang dikenakan pihak bank jika cadangan berkenaan dilaksanakan kelak.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, kadar faedah pinjaman 12 peratus yang menjadi pertikaian sesetengah pihak adalah kadar maksimum yang sudah termaktub dalam Akta Pinjaman Wang.
"Ramai yang tidak faham, apa yang saya sebutkan ialah di dalam Akta Pinjaman Wang. Kalau dia ada collateral, maksimum yang boleh dikenakan ialah 12 peratus. Jadi, kalau beli rumah dan pinjam daripada kontraktor rumah, maka maksimum 12 peratus yang dikenakan itu adalah (berdasarkan) akta.
"Namun kalau kita mahu kenakan peraturan ini, kita boleh letak syarat iaitu kenakan kurang daripada 12 peratus, tidak boleh jauh daripada (kadar faedah dikenakan) bank," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang, di sini, hari ini.
Tegasnya, mereka yang mempertikai mengenai kadar faedah berkenaan perlu memahami Akta Pinjaman Wang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas.
"Jadi yang bising tentang kadar faedah ini kenapa? Bermakna orang yang bercakap tentang kadar faedah ini tidak faham mengenai Akta Pinjaman Wang," kata beliau.
Jelasnya, cadangan berkenaan adalah mekanisme alternatif kepada pembeli yang gagal mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank.
"Hari ini banyak rumah tidak boleh dijual sebab sukar untuk dapatkan pinjaman bank, contohnya rumah PPR. Mahu jual dalam RM35,000, tetapi seperti di Gua Musang semalam, dalam 600 permohonan tidak diluluskan bank.
"Untuk PPR ini kita sudah kenakan konsep sewa beli, masuk rumah tidak perlu deposit, tetapi dia bayar bulan-bulan. Jadi kita beri satu lagi alternatif untuk memberi peluang kepada pembeli membeli rumah dan pemaju menjual rumah iaitu situasi menang-menang," kata beliau lagi.
Noh dalam pada itu membidas dakwaan bahawa konsep cadangan membenarkan pemaju perumahan memberikan pinjaman adalah sama seperti 'Along'.
"Yang kedua dia kata nak jadi Along? Along yang ada ini pun dia tidak boleh pantau. Orang tidak faham, kalau kita beri (pinjaman) kepada pemaju, pemaju ini ada undang-undang di bawah Akta Perumahan," tegas beliau.
Beliau menjelaskan Peraturan 7S melalui Akta Perumahan akan memastikan setiap pemaju perumahan mengikut peraturan.
"Ada satu peraturan 7S di mana setiap suku tahun ia perlu laporkan kepada kementerian, dan kita akan memantau.
"Kalau ia ada beri pinjaman, kita akan tengok pinjaman yang diberi mengikut peraturan. Kalau tiada laporan ini, kementerian akan ambil tindakan.
"Ada kaedah kalau kita mahu pantau iaitu melalui Akta Pemaju Perumahan," jelas Noh.
Selain itu, kementeriannya hanya akan memberikan kelulusan kepada mana-mana pemaju perumahan yang layak daripada segi kewangan dan pelaksanaan.
"Yang ketiga, takkan kita nak beri kepada semua pemaju. Kita akan lihat kepada kekuatan pemaju. Jika pemaju itu dengan projeknya pun ada masalah kewangan, macam mana iia mahu berikan pinjaman.
"Pemberian pinjaman juga bukan dalam bentuk tunai, ertinya ia beri dalam kaedah deposit," kata Noh lagi.
Justeru, katanya, cadangan berkenaan cuba dimanipulasi sesetengah pihak terutama pembangkang yang cuba merumitkan keadaan.
Terdahulu, Noh berkata kementeriannya bercadang membuka permohonan kepada pemaju perumahan untuk memohon lesen pinjaman wang melibatkan perumahan sehingga 100 peratus kepada pembeli.
Rahimah Abdullah
Sat Sep 10 2016
NOH: Kadar faedah 12 peratus yang menjadi pertikaian sesetengah pihak adalah kadar maksimum yang sudah termaktub dalam Akta Pinjaman Wang. -Gambar fail
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata daripada jumlah itu, 15 orang telah dihadapkan ke mahkamah.
Kerajaan akan pantau kadar faedah pinjaman perumahan oleh pemaju - Noh
Kadar faedah pinjaman 12 peratus yang menjadi pertikaian sesetengah pihak adalah kadar maksimum yang sudah termaktub dalam Akta Pinjaman Wang.
Pemberi pinjaman wang berlesen dilarang iklankan syarikat
Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen tertakluk kepada peraturan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 (Akta 400).