awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Tengku Zafrul cadang pemain lebih selektif pilih kejohanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan tambah kelas KAFA di sekolah kebangsaan pada 2026

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2025
10:45 MYT
Kerajaan akan tambah kelas KAFA di sekolah kebangsaan pada 2026
Mohd Na’im berkata perancangan tersebut akan melibatkan JPWP. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan Kelas al-Quran Fardu Ain (KAFA) di sekolah kebangsaan pada 2026 demi memastikan pendidikan kerohanian pelajar Islam dipertingkatkan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan Kelas al-Quran Fardu Ain (KAFA) di sekolah kebangsaan pada 2026 bagi memperbaiki pendidikan kerohanian pelajar Islam.
  • Penambahan KAFA di Sekolah Kebangsaan dijangka dapat kurangkan keciciran pelajar dengan membolehkan mereka belajar di tempat yang sama.
  • Faktor-faktor keciciran pelajar dari pendidikan KAFA termasuk lokasi, jadual kelas tambahan, kokurikulum, serta faktor sosioekonomi keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, perancangan tersebut akan melibatkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP)
“Kerajaan akan terus meneliti keperluan pendidikan al-Quran dan fardu ain di kawasan mempunyai penduduk padat dan memperluas penawaran KAFA secara berfasa.
“Penambahan bilangan KAFA di Sekolah Kebangsaan diyakini dapat mengurangkan keciciran kerana pelajar dapat mengikuti di sekolah yang sama tanpa perlu berpindah ke lokasi lain,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Nai’m turut mengesahkan, tiada halangan untuk menubuhkan KAFA di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat kesediaan pihak sekolah dan persetujuan guru besar.
“Pembukaan KAFA di sekolah kebangsaan sebelum ini adalah berdasarkan kepada permohonan daripada pihak sekolah sendiri,” katanya.
Pada masa sama, Na'im menjelaskan, antara faktor keciciran pelajar Islam daripada pendidikan KAFA ialah kerana lokasi, pertindihan jadual kelas tambahan dan kokurikulum serta sosioekonomi keluarga.
“Para murid kini berdepan jadual persekolahan yang padat, aktiviti kurikulum serta pengaruh gajet dan hiburan digital yang mengalih tumpuan mereka daripada pembelajaran KAFA.
“Bagi keluarga berpendapatan rendah, isu seperti kemudahan pengangkutan, kediaman jauh daripada premis KAFA dan kekangan masa turut menjadi penyumbang,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#KAFA
#Parlimen
#pendidikan
#hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan