MALAYSIA
Kerajaan akan umum semakan kadar APM dalam tempoh terdekat - Armizan
Armizan (foto) berkata syor semakan kadar itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan selepas KPDN mengadakan sesi libat urus dengan persatuan stesen minyak dan syarikat petroleum. -Gambar fail
CYBERJAYA: Kerajaan akan mengumumkan kadar semakan mekanisma harga automatik (APM) dalam masa terdekat bagi memastikan kelangsungan perniagaan stesen minyak susulan pelaksanaan penstrukturan subsidi petrol RON95.
Ringkasan AI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata syor semakan kadar itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) selepas KPDN mengadakan sesi libat urus dengan persatuan stesen minyak dan syarikat petroleum.
"MOF telah memberikan komitmen bahawa untuk peringkat awal yang paling utama ialah semakan kepada kadar APM.
"Insya-Allah dalam tempoh terdekat kerajaan akan umumkan semakan berkenaan. Berbeza dengan pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang mengambil masa agak lama, untuk Skim Kawalan Petrol Subsidi (SKPS) ini kita akan cuba secepat mungkin, kalau boleh dalam tempoh sebulan daripada pelaksanaan penyasaran subsidi petrol," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan Kad Fleet di sebuah stesen minyak di sini hari ini.
Armizan berkata kerajaan berpuas hati dengan kerjasama rapat syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak dalam memastikan kelancaran pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95.
"Memang ada isu kecil tetapi dapat ditangani segera. Sebelum ini kerajaan telah pun memberi komitmen untuk menyemak kadar APM dan beberapa perkara lain yang lama dibangkitkan oleh pengusaha stesen minyak. Yang penting kita selesaikan dahulu isu kadar APM ini," katanya.
Beliau berkata semakan kadar itu penting kerana pengusaha telah lama merayu supaya kos operasi dan margin keuntungan stesen minyak diambil kira dalam semakan APM.
Dalam perkembangan lain, Armizan menegaskan KPDN akan mengambil tindakan terhadap syarikat pengangkutan awam yang mengarahkan pekerja mereka mengisi minyak menggunakan kad pengenalan individu bagi menikmati harga subsidi RM1.99 seliter.
"Subsidi RM1.99 adalah untuk rakyat secara langsung. Syarikat tidak sepatutnya mengambil kesempatan kerana mereka telah pun diberikan subsidi pada kadar RM2.05 yang juga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Ini tindakan tidak wajar dan orang ramai boleh membuat aduan kepada KPDN," katanya.
Ditanya mengenai bentuk tindakan, beliau berkata kerajaan akan meneliti kerangka perundangan sedia ada.
"Kerajaan telah menetapkan bahawa RM1.99 itu bukan untuk syarikat, tetapi untuk rakyat kita. Kita akan semak perkara ini dan jika perlu, tindakan akan diambil," katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah syarikat mengarahkan pekerjanya menggunakan kad pengenalan masing-masing untuk mengisi minyak di bawah skim subsidi petrol BUDI95 pada harga RM1.99 seliter.
Menurut mesej yang tersebar, pekerja diminta menggunakan kuota individu mereka bagi tujuan perjalanan syarikat, malah ada arahan supaya menggunakan kad pengenalan ahli keluarga sekiranya kuota 300 liter sebulan habis digunakan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan akan umum semakan kadar mekanisme harga automatik (APM) dalam masa terdekat bagi menjamin kelangsungan stesen minyak susulan penstrukturan subsidi RON95
- Pengusaha stesen minyak perlu daftar SKPS dan mohon Fleet Card antara 30 September hingga 31 Oktober untuk tuntutan subsidi
- KPDN akan ambil tindakan terhadap syarikat yang salah guna subsidi RM1.99 dengan arah pekerja guna kad pengenalan individu untuk isi minyak syarikat