awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bakal tampung subsidi minyak, minyak masak sehingga RM8 bilion tahun ini - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
12/06/2021
05:08 MYT
Kerajaan bakal tampung subsidi minyak, minyak masak sehingga RM8 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
Menurut Tengku Zafrul, peruntukan subsidi yang lebih tinggi bagi tahun ini adalah berikutan peningkatan harga pasaran global semasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.32 bilion bagi subsidi minyak dan minyak masak pada 2019 dan RM2.16 bilion pada 2020.
Menurutnya, peruntukan yang lebih tinggi itu bagi tahun ini adalah berikutan peningkatan harga pasaran global semasa.
Tengku Zafrul berkata, susulan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi kerajaan bagi produk petroleum petrol RON95, diesel dan liquified petroleum gas (LPG) serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak.
"Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kerajaan akan terus membantu rakyat melalui pelbagai langkah termasuk meneruskan subsidi minyak dan minyak masak dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.
Menurutnya, kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barang-barang runcit iaitu RM2.05 per liter bagi Petrol RON95 yang telah dikekalkan sejak 10 Februari, dan RM2.15 per liter bagi Diesel sejak 10 Februari.
Manakala harga gas petroleum cecair LPG dikekalkan pada RM1.90 sekilogram sejak Jun 2015, dan minyak masak bersubsidi pula bernilai RM2.50 pek sekilogram semenjak 1997, katanya.
Beliau menambah pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambah baik melalui PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak masak
#Tengku Zafrul
#Menteri Kewangan
#subsidi minyak
#PEMERKASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan