awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum berhasrat kaji semula sistem penggenapan lima sen - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
22/09/2025
15:00 MYT
Kerajaan belum berhasrat kaji semula sistem penggenapan lima sen - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ini berikutan mekanisme berkenaan masih berfungsi dan tidak mengganggu sebarang perniagaan dalam negara. - Foto BERNAMA
BATU KAWAN: Kerajaan pada masa ini belum berhasrat untuk mengkaji semula sistem penggenapan kepada lima sen terdekat yang dilaksanakan sejak 2008.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ini berikutan mekanisme berkenaan masih berfungsi dan tidak mengganggu sebarang perniagaan dalam negara.
"Saya rasa buat masa sekarang sistem yang ada sekarang masih terpakai.
"Jadi, kita biarlah sistem itu berjalan (dilaksanakan) kerana tidak mengganggu perniagaan yang ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Program Jelajah Belanjawan 2026 Pulau Pinang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media tempatan agar sistem peng-genapan kepada lima sen terdekat itu perlu dikaji semula kerana dianggap sebagai merugikan pengguna dan menguntungkan peniaga ketika semua pihak kini beralih kepada pembayaran secara dalam talian.
Mekanisme penggenapan kepada 5 sen terdekat diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) serta diguna pakai secara rasmi di Malaysia sejak 1 April 2008, bertujuan memudahkan urus niaga tunai susulan langkah menamatkan penggunaan syiling satu sen daripada edaran.
Terdahulu, Kementerian Kewangan (MoF) meneruskan usaha melibatkan penyertaan pelbagai pihak dalam penyediaan Belanjawan 2026 menerusi penganjuran program jelajah untuk mendapatkan pandangan secara langsung daripada pemain industri dan pemegang taruh tempatan sebagai input utama dalam penggubalan belanjawan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#sistem penggenapan lima sen
#Kementerian Kewangan
#Amir Hamzah Azizan
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan