Kerajaan belum bercadang membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan bayaran balik hutang kad kredit, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata ini kerana prinsip KWSP adalah sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan simpanan untuk persaraan ahli.
"Caruman di Akaun 2 KWSP iaitu dalam kategori akaun prapersaraan boleh dikeluarkan namun hanya untuk tujuan tertentu seperti kesihatan, perumahan dan pendidikan.
"Sekiranya terdapat permintaan untuk meningkatkan pengeluaran untuk tujuan lain dikhuatiri akan menjejaskan jumlah yang mencukupi untuk ahli bersara kelak," katanya, menjawab soalan Senator Datuk Goonasakaren Raman yang ingin tahu sama ada kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP untuk membayar balik hutang
kad kredit.
KWSP menetapkan 70 peratus caruman untuk Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.
Bagaimanapun, Chua berkata kerajaan telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu individu yang menghadapi masalah pengurusan kewangan dengan menawarkan khidmat nasihat dan kaedah pembayaran balik yang bersesuaian.
Sehingga September 2015, Chua berkata lebih 141,000 peminjam telah berdaftar dan dibantu di bawah program pengurusan hutang yang dikendalikan AKPK.
Sementara itu beliau berkata penetapan minda bahawa permohonan kad kredit boleh diperoleh dengan mudah adalah tidak tepat kerana mengikut statistik, kelulusan permohonan berada pada tahap 40 hingga 50 peratus sahaja.
Ia selari dengan syarat yang ditetapkan Bank Negara Malaysia bagi tujuan itu dengan mengambil kira pendapatan dan jumlah kad kredit individu.
Bernama
Tue Dec 22 2015
Kerajaan bagaimanapun telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu individu yang menghadapi masalah pengurusan kewangan. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kerajaan belum cadang benarkan pengeluaran KWSP untuk bayar hutang kad kredit
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata ini kerana prinsip KWSP adalah sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan simpanan untuk persaraan ahli.