awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok
Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun
KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum cadang beri vaksin kepada pelajar SPM 2021

Bernama
Bernama
11/06/2021
10:12 MYT
Kerajaan belum cadang beri vaksin kepada pelajar SPM 2021
DR NOOR AZMI: Kita perlu ikut urutan golongan mana yang perlu mendapatkan vaksin dahulu. - Gambar fail/BERNAMA
BATU GAJAH: Kerajaan belum bercadang untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata setakat ini pemberian vaksin adalah kepada golongan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu keutamaan kepada golongan warga emas, golongan 60 tahun ke atas dan ia perlu mengikut turutan fasa yang ditetapkan.
"Fokus sekarang ialah kepada warga emas kemudian orang yang berkepentingan seperti mereka yang mempunyai urusan untuk ke luar negara. Kita perlu ikut urutan golongan mana yang perlu mendapatkan vaksin dahulu.
"Apabila kita buka sahaja fasa ketiga pemberian vaksin untuk golongan membabitkan dewasa berumur 18 tahun ke atas, jadi mereka boleh menerima suntikan," katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah hari ini.
Sebelum ini Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan mencadangkan agar calon SPM 2021 dan guru, wajar dipertimbang untuk disuntik vaksin COVID-19 supaya persiapan menghadapi peperiksaan itu tidak terjejas selain membolehkan mereka menghadiri kelas bersemuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#pelajar SPM
#suntikan vaksinasi
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#PPV
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan