MALAYSIA

Kerajaan belum rancang hapus hukuman mati sepenuhnya – Kulasegaran

Kabeer Aziz 13/11/2025 | 07:47 MYT
M Kulasegaran bercakap pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk menghapuskan hukuman mati sepenuhnya dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.


Ringkasan AI
  • Kerajaan belum merancang untuk menghapuskan hukuman mati dalam masa terdekat, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M Kulasegaran.
  • Hukuman mati masih wujud dalam undang-undang Malaysia sebagai bentuk hukuman jenayah, namun moratorium pelaksanaannya masih berkuat kuasa sejak 2018 menanti keputusan dasar utama.
  • Keputusan mengenai penghapusan hukuman mati akan diputuskan selepas kajian menyeluruh dan dialog dengan semua pihak.


Beliau menegaskan hukuman mati masih kekal dalam sistem perundangan Malaysia sebagai salah satu bentuk hukuman jenayah yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah, bergantung kepada budi bicara hakim setelah meneliti fakta dan keadaan setiap kes.

“Pada masa ini, hukuman mati masih kekal dalam sistem perundangan Malaysia. Namun, moratorium pelaksanaan hukuman mati yang dipersetujui kerajaan sejak 2018 masih berkuat kuasa sehingga keputusan dasar utama ditentukan berkenaan hala tuju hukuman mati di Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh di Dewan Rakyat.

Ramkarpal bertanya sama ada kerajaan bercadang menghapuskan hukuman mati sepenuhnya dalam masa terdekat dan jika kajian menyeluruh akan dijalankan bagi tujuan tersebut.

Kulasegaran menjelaskan, sebarang keputusan penghapusan hukuman mati akan dibuat selepas kajian komprehensif dan libat urus dengan semua pihak selesai.





#hukuman mati #M Kulasegaran #Dewan Rakyat #Moratorium