Kerajaan akan membenarkan penanaman hem iaitu tumbuhan dari spesies ganja bagi tujuan penyelidikan industri namun kebenaran itu tertakluk mengikut Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya sedang menunggu kertas cadangan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Ya. Kita sedang (beri izin). Menteri Kesihatan mempunyai kuasa untuk memberi izin kepada pegawai awam untuk bagi tujuan tersebut.
"Ini bergantung kepada dapatan kajian oleh kementerian terbabit mengikut garis panduan ditetapkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Perubatan Toksikologi Asia Pasifik pada Khamis.
Menurutnya, kementerian berhati-hati dalam perkara tersebut kerana bimbang disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita tahu ramai yang teruja tetapi kami tidak mahu jadi penghalang. Kita mahu memudah cara. Dalam Kabinet pun saya sudah membincangkan perkara ini," katanya.
Seksyen 6B (2) menjelaskan tiada apa-apa yang boleh menghalang menteri daripada memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menanam ganja dari candu mentah, daun koka, jerami atau ganja boleh diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung, di tempat dan atas terma dan syarat yang dinyatakan dalam kebenaran untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, eksperimen atau perubatan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ramli Zainal berkata penanaman hem hanya untuk pengeluaran serat sahaja.
"Mereka akan mengkaji serat hem untuk kegunaan industri kosmetik dan makanan," katanya.
Menurutnya, KKM sudah menyediakan garis panduan tertentu untuk mengawal penanaman hem bagi tujuan itu.
"Hanya tujuan industri hem sahaja dibenarkan, bukan perubatan," katanya.
Semalam, pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli sekali lagi menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan tanaman ganja.
Pada 20 Mac lalu, Mohd Shaid menggamatkan Sidang DUN dengan usul cadangan itu bagi tujuan perubatan.
Sinar Harian
Wed Nov 06 2019
Kerajaan akan membenarkan penanaman hem iaitu tumbuhan dari spesies ganja bagi tujuan penyelidikan industri namun kebenaran itu tertakluk mengikut Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh.
Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah
Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki dadah lebih tiga kilogram (kg) yang dipercayai untuk diedarkan di sini, semalam.
Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL
Kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.
Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu
Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Remaja perempuan antara 188 individu ditahan terlibat dadah
Kesemua individu yang ditahan melibatkan seorang wanita, seorang remaja perempuan dan 186 lelaki berusia antara 15 hingga 65 tahun.
Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu ditambah baik - Bukit Aman
Antara penambahbaikan yang dilihat perlu dilakukan ke atas akta itu adalah berkaitan berat dadah.
Sindiket jual air ketum tumpas, 654 bungkus dirampas
Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses air ketum dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth.