awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan berhati-hati ancaman luar selepas insiden bom Bangkok - Hishammuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
29/09/2015
15:03 MYT
Kerajaan berhati-hati ancaman luar selepas insiden bom Bangkok - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Ini sekali lagi memerlukan kita meneliti ancaman baharu supaya apa berlaku di Bangkok iaitu jiran kita dan kita perlu mengambil tindakan proaktif di negara kita. -Gambar fail
Kerajaan semakin berhati-hati dalam meneliti ancaman baharu kepada negara selepas insiden pengeboman di Bangkok pada Ogos lepas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan kementeriannya kini mengambil tindakan proaktif untuk memastikan keamanan negara sentiasa terjamin.
"Ini sekali lagi memerlukan kita meneliti ancaman baharu supaya apa berlaku di Bangkok iaitu jiran kita dan kita perlu mengambil tindakan proaktif di negara kita," katanya semasa sidang media selepas Kempen Keamanan dan Perpaduan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini pada Selasa.
Serangan di Kuil Erawan, tengah Bangkok pada Ogos lepas mengorbankan 20 nyawa termasuk lima warga Malaysia selain mencederakan puluhan yang lain.
Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-ocha menyifatkan serangan bom itu adalah paling buruk pernah berlaku dalam sejarah negara itu.
Dalam perkembangan berasingan, Hishammuddin berkata, kerjasama serantau diperlukan untuk mengatasi isu jerebu.
"Ia adalah isu serantau yang memerlukan campur tangan semua negara termasuk pembabitan Singapura dan Indonesia sendiri.
"Saya lebih daripada bersedia untuk menyelesaikan isu ini. Hubungan saya bersama Menteri Pertahanan Singapura dan Indonesia juga sangat rapat.
"Mungkin ada cara yang boleh diguna pakai ketiga-tiga negara dalam hal ini," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#China
#Hishammuddin
#kuil erawan
#UPNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan