awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beri diskaun 50 peratus kepada pemajak tanah Persekutuan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
19/07/2021
04:50 MYT
Kerajaan beri diskaun 50 peratus kepada pemajak tanah Persekutuan
Menurut Shamsul Anuar, diskaun itu akan diberikan kepada pemajak tanah Persekutuan yang memenuhi kriteria ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi diskaun kadar pajakan sebanyak 50 peratus bagi tahun 2021 daripada nilai kadar pajakan tahunan bagi pemajak tanah-tanah Persekutuan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata diskaun itu akan diberikan kepada pemajak tanah Persekutuan yang memenuhi kriteria ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Beliau turut memaklumkan sekiranya pemajak tidak memenuhi kriteria yang membolehkan pengurangan kadar pajakan diberikan, pemajak boleh mengemukakan permohonan penjadualan semula bayaran pajakan bagi tahun 2021.
Ia boleh dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta dikecualikan denda lewat.
Tambahnya, inisiatif ini diharap dapat membantu pemajak untuk menyusun semula aliran tunai bagi mengekalkan perniagaan mereka di atas tanah-tanah Persekutuan, di samping mengelakkan tanah-tanah tersebut daripada terbiar.
Katanya, Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan boleh memajak tanah Persekutuan kepada pihak lain berdasarkan Seksyen 221 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
Ia dengan menandatangani Perjanjian Pajakan mengikut tujuan-tujuan yang dibenarkan dan dikenakan bayaran pajakan secara tahunan.
Menurut Anuar ia sebagai keprihatinan kerajaan dengan beban yang dihadapi masyarakat dan sektor terdiri daripada sektor pelancongan, perhotelan, penerbangan dan pelabuhan yang merupakan sektor yang paling teruk terjejasakibat pandemik COVID-19 dan memerlukan masa untuk kembali stabil.
Sumber Facebook KeTSAMalaysia
Topic Berkaitan
#tanah persekutuan
#pemajak
#Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
#diskaun
#COVID-19
#PPN
#PEMULIH
#Shamsul Anuar Nasarah
#pandemik
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan